Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang ) 2005 berkuatkuasa pada 23 Jun 2005. Skim ini diwujudkan bertujuan untuk menerima dan mempertimbangkan mana-mana filem tempatan atau filem usahasama untuk ditayangkan secara wajib didewan wayang gambar oleh pemamer
Pempamer hendaklah menayang filem yang diluluskan:
- Selama empat belas hari berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar
- Walaubagaimanapun penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada suatu dewan gambar yang lebih kecil jika:
- bilangan penonton adalah kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau
- bilangan penonton adalah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut.
- Jikalau bilangan penonton kurang daripada 15% pemamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan
- Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.
***kredit untuk FINAS
{ 0 comments... Views All / Send Comment! }
Post a Comment