Cerita Kita
Pengarah : Pierre Andre
Mengisahkan Ika (lakonan Yana Samsudin) dan Kamal (lakonan Pekin) yang sudah bersahabat baik sejak 3 tahun lalu. Kamal memendam perasaan terhadap Ika, Ika pula yakin bahawa dia hanya menyayangi Kamal sebagai kawan dan ingin Kamal mengubah hidupnya.
Kamal mengambil keputusan yang mungkin membahayakan nyawanya demi menggembirakan Ika dan tekad untuk mengubah hidupnya. Kehadiran Abu, rakan serumah Kamal sedikit sebanyak mendorong Kamal untuk meluahkan perasaan kepada Ika.
Namun Malik (lakonan Fezrul Khan) pula menggugat keadaan apabila beliau jatuh cinta pada Ika dan melamarnya. Ika sudah pun bersetuju untuk mengahwini Malik ketika sesuatu menimpa Kamal. Di saat kebenaran terungkai, Kamal sudah pergi membawa diri. Adakah Ika yakin cintanya akan Malik? Atau Ika sebenarnya sayangkan Kamal lebih dari sekadar kawan?
Pengarah : Pierre Andre
Syarikat Penerbit : MIG Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Melayu
Genre: Romatik, Drama
Tayangan : 07 Mac 2013
Barisan Pelakon:
Yana Samsudin - Ika (Watak Utama)
Pekin Ibrahim - Kamal
Fezrul Khan - Malik
Sinopsis:
Kamal mengambil keputusan yang mungkin membahayakan nyawanya demi menggembirakan Ika dan tekad untuk mengubah hidupnya. Kehadiran Abu, rakan serumah Kamal sedikit sebanyak mendorong Kamal untuk meluahkan perasaan kepada Ika.
Namun Malik (lakonan Fezrul Khan) pula menggugat keadaan apabila beliau jatuh cinta pada Ika dan melamarnya. Ika sudah pun bersetuju untuk mengahwini Malik ketika sesuatu menimpa Kamal. Di saat kebenaran terungkai, Kamal sudah pergi membawa diri. Adakah Ika yakin cintanya akan Malik? Atau Ika sebenarnya sayangkan Kamal lebih dari sekadar kawan?
{ 0 comments... Views All / Send Comment! }
Post a Comment