Kembalikan Martabat Filem Melayu
"Kekalutan Mencipta Peraturan"

BOLA KAMPUNG THE MOVIE (2013)

Bookmark and Share
BOLA KAMPUNG THE MOVIE (2013)


MULA TAYANGAN: 21 Mar 2013
GENRE:Animation
PENGARAH:Wong Kuan Loong
PELAKON:Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Noh (Hujan), Douglas Lim, Deanna Yusoff, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn, Afdlin Shauki.


Sinopsis

Mengisahkan Amanda, seorang puteri dari alam maya permainan " Kingdom Hill". Baginda dihantar untuk mencari Perwira Suria yang boleh menamatkan krisis yag sedang melanda kerajaannya yang sedang berada di Kampung Gong Lechar.

Namum setelah tiba di Kampung Gong Lechar Puteri Amanda telah hilang ingatan. Dan banginda bertemu Iwan yang menyangkakan Puteri Amanda adalah saudaranya yang ingin datang ke kampungnya semasa cuti sekolah.

Setelah ingatan Puteri Amanda kembali pulih. Misinya untuk mencari pahlawan Perwira Suria telah berjaya apabila baginda mendapati Sabok adalah perwira itu. Selepas itu Puteri Amanda telah di tangkap dan dipaksa pulang ke Kingdom Hill.

Iwan dan rakan-rakannya bersepakat untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan Kingdom Hill. Dengan bantuan saintis muda, Kumar telah menyedari bahawa permainan alam maya Kingdom Hill telah di serang virus dan itulah penyebab kekacauan kerajaan itu.

Iwan, Sabok dan Azizul telah memasuki dunia maya Kingdom Hill unuk menyelamatkan Puteri Amanda dan untuk menghancurkan Lord Vilas yang membuat huru-hara di Kingdom Hills.

Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hill.



{ 0 comments... Views All / Send Comment! }

Post a Comment