Kembalikan Martabat Filem Melayu
"Kekalutan Mencipta Peraturan"

Mencari Cinta (2013)


Filem arahan Syirin Khuzaimi dilakonkan oleh Nora Danish dengan Rusdi Ramli ini bergenre islamik dan lebih kepada komersil. Kisahnya tentang cinta selepas berumahtangga, dapatkah si isteri dan suami bahagia jika bercinta lepas kahwin. Antara pelakon lain yang turt sama berlakon dalam filem ni ialah Connie Ahmad dan Riezman Khuzaimi.

Filem yang sudah selesai pengambaran pada 8 April dijangka akan menemui penonton di pawagam pada Hari Raya nanti.

Filem ini untuk dicalonkan dalam 2 anugerah antaranya Woman Director Cannes Awards dan The Golden Awards of Montreux.



SINOPSIS Mencari Cinta

Cerita ini berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.

Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampong yang begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga menjadi ladang ternakan telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh.

Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibubapa Razlan, malah tujuan awal Tan Sri Johan memang hendak menjodohkan Myra dengan Razlan sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.Namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampong yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya.

Jodoh temukan Myra dan Razlan, disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik gitar dan menyanyi dan Myra dalam diam tertarik dengan personaliti Razlan.
ReadmoreMencari Cinta (2013)

KECOH HANTU RAYA TOK CHAI (2013)

Sinopsis Kecoh Hantu Raya Tok Chai


Sinopsis Filem : Dalam sebuah kampung yang jauh kecil, hidup merendah diri Tok Chai yang bela “Hantu Raya (Hantu Besar)” yang memberikan hidup mudah untuk beliau sebagai balasan kepada jagaannya. Apabila Tok Chai meninggal, meninggalkan “Hantu Raya“. “Hantu Raya” berpendapat bahawa menanam Tok Chai beertinya akhirnya dia! Oleh itu, “Hantu Raya” melakukan apa saja untuk menghentikan penduduk kampung daripada menanam Tok Chai. Dengan kebijaksanaan Tok Imam, dan usaha Ebby, Koperal Lisa, Tok Penghulu Sarjan, mereka berazam untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar.



Tarikh Tayangan : 18 Apr 2013
Bahasa : Malay
Subtitle: -
Genre: Komedi / Seram
Running Time: 90 minit
Pengarah: Opie Zami
Pelakon : Maharaja Lawak – Power bawal, Saiful Apek, Intan Ladyana, Pak Kuswadinata,Bokhari, Sathia
ReadmoreKECOH HANTU RAYA TOK CHAI (2013)

Langgar ( 2013 )


Sinopsis filem Langgar

Langgar mengisahkan Nizam(Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina(Nadia Heng) yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi(Namron) oleh Khairul(Bell Ngasri), seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy(Zulhuzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka. Radzi juga berurusan dengan Jimi (Hans Isaac), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara. Amanda(Natasha Hudson) merupakan kekasih kepada Radzi dan juga seorang penagih dadah.

“Cara pergaduhan dalam Langgar, kita masukkan graf dalam setiap gerak geri gaduh. Begitu juga dengan variasi pergaduhan. Secara imaginasinya apa yang berlaku dalam kehidupan kita luaskan penceritaannya untuk layar filem. Realiti kehidupan boleh dilihat melalui karakter Nizam yang ekstrem dan sanggup melanggar dengan cara apa pun”, ujar Sein yang mengaggap tajuk Langggar untuk filem ini mempunyai maksud yang cukup subjektif.

Filem ini akan menemui penonton pada tahun hadapan. Kita tunggulah bagaimana hasil pengarah muda Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein itu nanti.
ReadmoreLanggar ( 2013 )

2 Kalimah ( 2013 )

2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.


Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

2 Kalimah merupakan filem Islamik arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures (MIG)

Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/07/sinopsis-filem-2-kalimah-lakonan.html#ixzz2PfVB9g6j
Readmore2 Kalimah ( 2013 )

Wak Mustarjo (1890 - 1970) dan 9 perkara menarik tentang beliau.

Oleh : Harith Faruqi Sidek

Wak Mustarjo@Mustar Ahmad  (sumber : P.Ramlee.com)

Antara pelakon tambahan yang sering menghiasi filem arahan Allahyarham P. Ramlee ialah Haji Mustar bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Wak Mustarjo. Beliau dilahirkan pada tahun 1890 di wilayah Purokarto, Jawa Tengah.

Wak Mustarjo memulakan kerjaya lakonan beliau bersama Shaws Malay Film Productions Ltd pada tanggal 1 mei 1951, antara filem lakonan beliau ialah Pembalasan, Sejoli, Derita, Musang Berjanggut, Kaki Kuda, Ali Baba Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok. Sebelum menjadi 'orang filem', Wak Mustarjo lebih dikenali di pentas bangsawan.

Pelaris filem ? ....aksi Mustarjo dijadikan 'umpan'  dalam poster Filem Pendekar Bujang Lapok.

Berikut adalah fakta menarik mengenai beliau:

1.  Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas. Menurut pelawak S. Shamsuddin,  gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan  filem 'Bujang  Lapok' itu sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo. ( Berita Harian, 9 Mei 1998).

Kari Ayam dalam adegan inilah yang dikatakan dimasak oleh Wak Mustarjo.
2.  Menurut Seniwati Mariani, menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah, Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng. (Berita Harian, 27 Oktober 2012).

3.    Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambeng, perkara ini diakui oleh Seniman Datuk Aziz Sattar. Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya, ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah Nasi Ambeng yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, ada serunding dan macam-macam lagi (Metro Ahad, 4 September 2011).

4.   Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan fardhu haji sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni. Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah Haji Mahadi dan Haji Arshad ( Berita Harian, 9 Mei 1998).

5.    Sewaktu tinggal di kuaters Malay Film Production yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang syawal, peristiwa ini dikongsikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Daud. ( Berita Harian, 1 Februari 1998)

6.    Panggilan mesra beliau dikalangan pengurus Studio Jalan Ampas ialah 'Joe'. (Berita Harian, 9 Mei 1998)

7.    Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan  persembahan di hadapan 'Raja Putih' Sarawak, Raja Brooke ketika lawatan ke borneo. (Berita harian, 9 Mei 1998)

8.   Watak 'wanita kedi' yang dilelong dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok' itu sebenarnya dilakonkan oleh Wak Mustarjo. ( Arena Filem, Bil. 59, 1960 )

Watak  'Wanita kedi' yang muncul dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok', namun tak ramai tahu siapakah yang melakonkan watak ini.  

Terbongkar.....Wanita 'kedi' itu sebenarnya lakonan Wak Mustarjo. Sumber : Arena Filem, Bil. 59, 1960.
9. Wak Mustarjo memakai dua bentuk cincin akik, satu di jari kiri yang dinamakan Firuz dan satu di jari kanan yang dinamakan Gambir. Cincin yang dinamakan Firuz itu berwarna hijau dan merupakan pemberian gurunya sewaktu di Tanah Jawa. Mengikut kepercayaan  guru beliau, jika mahu merantau dan murah rezeki, cincin itu hendaklah sentiasa dipakai. Sementara cincin yang bernama Gambir itu pula didapati dari dalam batu dari dasar sungai. (Arena Filem, Bil. 17, 1960)


Wak Mustarjo meninggal dunia pada 3 Januari 1970 pada usia 80 tahun.
ReadmoreWak Mustarjo (1890 - 1970) dan 9 perkara menarik tentang beliau.

AIFFA - Asean Film Festival 2013




Malaysia membawa pulang empat anugerah dalam Anugerah dan festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA) yang telah berlangsung pada 30 Mac 2013. Antara empat anugerah adalah Lakon Layar Terbaik (Dain Iskandar Said untuk "Bunohan"), Pelakon Lelaki Terbaik (Shaheizy Sam), Filem Terbaik Komedi ("Istanbul Aku Datang") dan Filem Terbaik Aksi ("Songlap"). Dato' Michelle Yeoh pun telah menerima Anugerah Sepanjang Hayat.

Sam berjaya mengalahkan empat lagi aktor serantau dari Indonesia , Filipina dan Singapura termasuk pelakon terkenal Filipina , Jericho Rosales dan aktor Singapura , Gurmit Singh.Tahniah!!



Berikut adalah senarai pencalonan AIFFA2013 yang bertanding.

Best Screenplay
1. Songlap (Malaysia)
2. Rectoverso (Indonesia)
3. Rayya (Indonesia)
4. Batas (Indonesia)
5. Bunohan (Malaysia)

Best Film Editing
1. Sta.Nina – Chrissel Desuasido & Tara Illenberger (Filipina)
2. Chow Kit - (Malaysia)
3. Songlap – Wong Hui Lynn (Malaysia)
4. Taxi! Taxi! – (Singapura)
5. Sang Martir – Cesa David Luckmansyah (Indonesia)

Best Film Photography
1. Bunohan (Malaysia)
2. Songlap (Malaysia)
3. Rayya (Indonesia)
4. Kayan Beauties (Myanmar)
5. Batas (Indonesia)

Best Supporting Actor
1. Alagwa – Bugoy Carino (Filipina)
2. Sang Martir – Tio Pakusadewo (Indonesia)
3. Taxi! Taxi! – Chua Jin Sen (Singapura)
4. Kepong Gangster – Lenny Ooi (Malaysia)
5. Batas – Piet Pagau (Indonesia)

Best Supporting Actress
1. Rectoverso – Acha Septriasa (Indonesia)
2. Songlap – Normah Damanhuri (Malaysia)
3. Sta Nina – Anita Linda (Filipina)
4. Sang Martir – Henidar Amroe (Indonesia)
5. Kayan Beauties – Rose Mary (Myanmar)

Best Actor
1. Songlap – Shaheizy Sam (Malaysia)
2. Alagwa – Jericho Rosales (Filipina)
3. Taxi! Taxi! – Gurmit Singh (Singapura)
4. Cinta Tapi Beda – Reza Nangin (Indonesia)
5. Rayya – Tio Pakusadewo (Indonesia)

Best Actress
1. Batas – Marcella Zalianty (Indonesia)
2. Rayya – Titi Sjuman (Indonesia)
3. Sta.Nina – Alessandra De Rossi (Filipina)
4. Istanbul Aku Datang – Lisa Surihani (Malaysia)
5. 29 Februari – Jojo Goh (Malaysia)

Best Foreign Film
1. The Down Home Alien Blues (Amerika Syarikat)
2. Chinaman’s Chance (Amerika Syarikat)
3. Beyond Redemption (Amerika Syarikat)
4. Attahasa (India)

Best picture- Comedy
1. Taxi! Taxi! (Singapura)
2. The Kidnappers of Ronnie Lazaro (Filipina)
3. Istanbul Aku Datang (Malaysia)
4. Ada Apa Dengan Rina (Brunei)

Best picture – Drama
1. Bunohan (Malaysia)
2. Songlap (Malaysia)
3. Atambua 39 Degree Celsius (Indonesia)
4. Sta.Nina (Filipina)
5. Rayya (Indonesia)

Best picture – Action
1. 8 Jam (Malaysia)
2. Kepong Gangster (Malaysia)
3. Sang Martir (Indonesia)

Best Director
1. Bunohan – Dain Iskandar Said (Malaysia)
2. Songlap – Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak (Malaysia)
3. Atambua 39 Degree Celsius – Riri Riza (Indonesia)
4. Rayya – Viva Westi (Indonesia)
5. Sta Nina – Emmanuel Quindo Palo (Filipina)

Antara anugerah lain yang bakal disampaikan ialah:

Best Visual Effects
Best Costume
Special Jury Award
Special Honor Award
Asean Spirit Award
AIFFA Lifetime Achievement Award
ReadmoreAIFFA - Asean Film Festival 2013

Aksi 'Panas' Filem Melayu

Aksi 'panas' Remy Ishak dan Diana Denielle dalam filem Sembunyi (2013)
ADEGAN panas atau sensasi bukan lagi perkara baharu dalam industri perfileman tempatan. Jika diperhatikan banyak filem tempatan yang kini berani memaparkan adegan panas seperti Ombak Rindu, Jiwa Taiko, Embun, Klip 3gp, Perempuan, Isteri dan ..., Panas, Mantra dan ...Dalam Botol.

Seakan menjadi bahan atau modal untuk pengarah-pengarah menjual filem mereka, aksi-aksi 'panas' ini terus dimuatkan didalam filem mereka. Adakah ini sesuatu yang sihat untuk filem Melayu?

Aksi 'Panas' Rundi Ramli dan Nora Danish Mencari Cinta ( 2013 )

Adakah dengan adegan seperti ini akan menbuatkan filem Melayu kita setaraf dengan filem-filem dari Hollywood. Apakah ini permintaan daripada para penonton Malaysia yang ingin melihat adegan ini di dalam filem Melayu yang ditayangkan. Bagaimana filem seperti ini terlepas daripada lembaga penapisan filem FINAS.

Kita ada adat dan budaya kita sendiri. Tidak perlukan adegan seperti ini untuk melariskan filem. Yang penonton ingin tengok adalah kelainan dan kualiti sesebuha filem itu di tingkatkan. Untuk kita setanding filem dari Hollywood. Dari segi jalan cerita, lakon layarnya, camera angle itulah yang perlu dipertingkatkan. Agar filem Melayu tidak jatuh kembali.

Kini sudah ada filem yang berkualiti dan hebat, seperti Bunohan dan Songlap, yang berjaya meraih anugerah. Ini menbuktikan sebuah filem itu tidak perlukan adegan 'Panas' sebagai pelaris.



ReadmoreAksi 'Panas' Filem Melayu